Firman Allah s.w.t:Kecelekaan bagi setiap pengumpat lagi pencela.Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.Dan tahukah kamu Huthamah itu? iaitu api yg disediakan Allah yang dinyalakan.Yang membakar sampai ke hati.Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka sedang merkeka itu diikat pada tiang-tiang yg panjang(al-Humazah 1-9)
Saturday, June 9, 2012
Saturday, February 18, 2012
Murtad
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh kepada para-para pembaca sekalian...Syukur kepada Allah s.w.t,dengan izinnya saya dapat menambahkan lagi isu2 yang menarik kedalam blog saya ini..Isu2 akan saya utarakan ini merupakan isu yang sering melanda kepada umat Islam masa kini iaitu Murtad.
Murtad bermakna kembali setelah Islam. Ijma’ ulama’( yang disepakati oleh sebahagian ulamak Islam) menyatakan bahawa seseorang Muslim yang ingkar kepada apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah adalah murtad; iaitu kafir setelah Islam kecuali jika dia benar-benar jahil. Tetapi sekiranya diberitahu dan ditegakkan hujjah namun dia masih tetap dengan keingkarannya maka dia dihukumkan dengan kufur dan murtad.
Dalam al-Quran sendiri ada merakamkan tentang2 orang yang murtad,
وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُوْلَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ.
Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (Islam) lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya. [al-Baqarah 2:217]
Dengan ayat2 yang terdapat di dalam al-Quran tersebut,kita dapat mengetahui bahawa bahawa barangsiapa yang berpaling daripada agamanya(Islam) tidak akan ada tempat lain baginya di akhirat kelak selain daripada neraka..Jadi oleh itu kita sebagai umat Islam haruslah cuba untuk membantu serba sedikit dalam membendung gejala murtad yang kian berleluasa ini mudahan2 usaha kita ini dapat membawa manfaat kepada mereka yang telah terlanjur melakukan perkara2 yang dimurkai Allah s.w.t,Sesungguhnya pintu taubat kepada mereka yang telah melakukan dosa besar seperti ini(murtad) masih terbuka sekiranya mereka masih bernyawa...
Gejala murtad yang sering berlaku pada masa kini menyebabkan para-para agamawan bersama-sama menentang gejala murtad ini.Antara yang saya kenali adalah mufti perak T.Sri Harussani Zakaria..Dibawah adalah video mengenai gejala murtad yang berlaku pada pandangan beliau.
Tidak kurang kurang juga ,ada beberapa persatuan yang ditubuhkan di Malaysia untuk memberi kesedaran kepada umat tentang gejala ini seperti HIMPUN..
Subscribe to:
Posts (Atom)